Friday, September 24, 2010

Aku org N9.

 
 Aku sgt bangga aku org N9, walaupun yg n9 tu abah aku jer. Mak aku org pahang. Tapi sebab aku dibesarkan kat sana, sekolah kat sana, abah pulak org sana, aku ngan bangga nya kata aku org n9.Aku tak dilahirkan di sana. Aku lahir kat Muar, Johor . Sebabnya? masa tu atuk ngan wan belah mak dok kat segamat. kiranya masa tu kg aku kat segamat lah. masa mak aku dah nak bersalinkan kitaorg, hospital segamat hantar ker hospital muar. Tahun 1977 tu, hospital segamat tu pun tak cukup lengkap lagik kot. pas tu kes2 kembar cam kami nie cam jarang sgt kan. so, lahirlah kami di Muar..

Famili abah memang org n9 jati. Monyang aku belah wan, Tok Batin kat kg tu (bukan Tok Batin org asli yer..jgn silap lak) . Arwah atuk Ketua Kg merangkap Tok Imam. Famili belah abah ni suku Biduanda. Suku Biduanda nilah yg boleh jadik ketua. Tapi sebab org n9 ikut suku belah ibu, abah kata, kami adik beradik adalah 'suku sakat' sahaja yer..hahahahhaa...tapi masa aku kawen dulu, mas kawen ader up skit lah dari kebiasaan nya. sebab nya, suku abah aku lah tu. 

Kebanyakkan sepupu sepapat aku memang kurang berckp loghat n9. Mungkin sebab kami ni dah dekat ngan Johor & Melaka. Kalau yg ckp pun, agak basic lah loghat nyer. tak der lah pekat sgt. kira senang faham lah...kami adik beradik lagik lah, terus tak ckp loghat sana. Adik lelaki aku jerlah, sebab dier keje kat Bahau. Kadang2 kuar gak loghat dier tu.

Dari dulu lagik aku selalu dengar pasal org yg skeptikal ngan org n9. ramai tuuuu...masa aku bujang2 dulu, dengar jer aku org n9, soklan pertama yg kuar 'ader amal adat pepatih ker? ' iskkk lerrrr....apsal lah takut sgt ngan adat pepatih tu? biasanya org akan pikir, kawen ngan pompuan n9, bila cerai kena kuar sehelai sepinggang..!!! uishh..tolonglahhhhh...actually, yg tak leh diamik hanyalah tanah adat. yg diwariskan pada anak pompuan satu2 famili tu. tapi harta sepencarian masih dibahagi ikut undang2 yg ader. kalau kawen pas tu dok umah yg diwariskan kat pompuan tu, memang lah tak leh nak claim umah tu. tapi kot ader kete ker, umah lain ker..still leh claim. apa daaaaa....kadang2 susah nak explain kat org..tak abis2 nak skeptikal..

Ermmm..ader org kata, pompuan n9 ni garang. suka lawan laki. ader pulak yg mulut ala2 longkang tanya kat laki aku, 'ok ker kau kawen ngan org n9?' alahaiiiiii...naper nak pukul rata? tak kan lah satu negeri tu sama jer perangai nya...mungkin kebetulan, 10 org dari negeri yg sama kita kenal, 5 org tu perangai sama..tapi tak tentu lagik ngan lagik 5 org kan? dulu, wan sedara aku sgt2 tak suka ngan org kelantan, anak bongsu dier kawen ngan pompuan kelantan. pas tu menantu dier tu wat hal lak..cerai..lagikkk lah dier tak suka. Adik aku kawen ngan org kelantan, tapi aku sgt2 ok ngan adik ipar aku tu. org kata ,org kelantan tak reti berkemas,  tapi adik ipar aku ok jer..cantik jer umah dier..kemas tersusun, siap hias2 lagik. selesa jer aku nengok nya. dier pun baik..tak pentingkan diri & keluarga dier jer. sgt2 membantu time susah senang. so, kita tak leh lah nak kata satu negeri tu sama perangai kan? cam tu gak ngan kawan2 aku yg org kelantan..ok jer..masing2 mesra alam..boleh wat kawan..x der masalah pun..

Pada aku tak adil bila kita nak judge seseorang tu ikut pada negeri asalnya. Sifat dan perangai manusia bukan ditetapkan oleh mana dier lahir atau mana asal mak pak nya. Kalau gitu senanglah..jgn kawen ngan org negeri lain..kawen satu negeri jer..senang..sebab dah siap2 tahu dah perangai nyer camner kan. lam famili laki aku pun, abg jer yg kawen ngan org selatan (aku lah tu..hikksss..) adik badik dier yg lain, kawen ngan org utara jugak. akak kawen ngan org kedah jugak, abg kawen ngan org penang. tapi kau boleh jer sesuaikan diri kat sana. anak2 buah pun leh terima aku..kalau kata kami nak balik, pakai tak tido malam lah diaorg. seronok sgt..aku pulak suka jer melayan diaorg. diaorg lebih rapat ngan aku. aku suka layan diaorg cam kawan2..gurau2..so, diaorg rasa selesa. 

So, jgn judge aku bukan2 ek. hanya yg betul2 kenal aku tahu camner aku..yg tak kenal sgt ngan aku, sila jgn pandai2 wat spekulasi..den tak sukooo..!!!


Thursday, September 23, 2010

Bersuka ria di Hari Raya..

Fuhh....!!! seminggu cuti tu..seminggu jugak lah balik kedah..hahahhaa..tak per, bg can kat abg, dier setahun dua tiga kali jer balik sana. kg aku tak per..sebulan 2 kali balik. fair lah kan..hihihihi..

kami bertolak dari KL kul 5.30 petang, sampai kg kul 1pg..wahhhh...lamanya..errrr..patutnya tak lah lama sgt..kami ikut jalan lama..p mkn2..bawak relax2. kalau ikut hiway, lama dah kami sampai. Raya di kedah memang meriah sungguh. budak2 ramai, sedara mara keliling umah. keje kami..berjalan, mkn, minum. satu hari dok pulun mkn ketupat daun palas..last2 petang tu, masing2 'mabuk ketupat'..tergulik...!!!!

Kami di pagi raya..hehehe..sakan bergambar pagi2 raya. seb baik baju tak sama kaler ngan langsir..seb baik lah mood aisy ok, tapi adam jenuh jugak lah nak ajak bergambar. sibuk ngan kete merah dier tu.

Ni kak cik. Anak bongsu akak abg. errrr...leh faham kan? hihihi..diaorg berdua ni sgt2 seiras. kalau aku bawak kak cik ni jalan2 pun org tak kata anak org lain. mesti ingat diaorg ni adik beradik. Ingat dulu, masa kak cik kecik2 baya aisy, aku ngan abag bawak dier jalan2, ramai yg ingat dier anak kami. sebab katanya muka ader iras. padahal masa tu aku ngan abg baru jer kawen..hahahahaa...

Ni kira fes time adam main bunga api lah. last year, kami beraya kat n9. pak su ngan maksu nyer beli bunga api punyalah banyak. Tapi sebab dier terkejut ngan bunyi mercun, terus tak mo main..last2 pak su ngan maksu nyer yg terkinja2 main bunga api. mengalah kan kanak2 ribena dah.Kali ni memang habis2an dier main bunga api. seronok sungguh dier. 

Dua hari sebelum balik KL, kami p Yan. Lepas beraya, kami p ker Tanjung Dawai. Bukan ader apa sgt pun kat sana, saja jalan2. kat sana ader banyak jual ikan bilis ngan macam2 jenis ikan masin. belacan semua tu, memang banyak giler. Abg beli sekilo ikan bilis yg belum kupas. RM 15 jer pun. Balik umah, aku kupas ikan bilis tu..best jugak..sebab ramai 'assistant'..hahahaa..ramai anak2 buah yg menolong.kejap jer dah abis sekilo kami kupas. lepas kupas tu, hamik ko.!!! sebesen besar..bg dua ngan akak..tu pun banyak lagik. best tu wat goreng masak kicap..nyum..nyum..

Lepas 'shopping' ikan bilis, kami lepak2 kat jeti. Kat situ ader bot yg bawak org nak p Pantai Merdeka (tetiba rasa nak nyanyi jer.tapi tau tanjung dawai, pantai merdeka ngan gunung jerai jer.hik..) Tambang bot nak p sana RM 2/trip. rasa nak p, tapi akak kata tak yah lah. sebab tak der benda pun kat Pantai Merdeka tu. Tak per..tak per..lenkali aku nak jugak..x kiraaaa...

Budak berdua ni lagik. hihihii..memang kamceng diaorg nie. sorang ilang, mesti sorang lagik carik.

Hahhaha..sessi membuli angah..diaorg bertiga ni kena dok belakang. kejenya bergaduh, terjerit sana, terjerit sini. sampai papa dier yg kat depan sekali pun terjerit2..hahahaha..bising yg amat. 

Ermmm...off topic..bukan kisah raya. ader org kata, asben perut buncit tanda bahagia. Tapi asben aku tak buncit pun. Tak bahagia ker dier? Pada aku pendapat tu sgt2 lah mengarut...!!!! ader ker? Konon2 bini bg mkn cukup lah..hati bahagia..tu sebab perut buncit. Pada aku, kalau lelaki mau bini nya jaga badan, dah beranak tiga empat pun badan mantap, pompuan pun nak gitu gak. Ader selera ker tgk perut asben yg macam terlelan bola tu? Anak baru satu, masing2 cam kena pam. Kot pompuan tu buncit ader gak sebab..cukup 9 bulan kuar lah 'hasil' nya. kalau lelaki? bila nak kuar hasil? iskkk...aku adalah pembangkang tegar ...sila maklum yer..