Friday, January 29, 2010

Mama Jahat :-(

Malam tadik aku memang dah jadik mama jahat. Aku gerammm sgt. Tak sedar tgn naik. isk ler..menyesal betul. Semua nya start petang semalam, kat opis memang banyak keje. Balik umah p pasar malam pulak. Lepas maghrib, Aisy nak tido. Kejenya menjerit2. Tak reti dah aku nak wat camner. Bg susu tak mo, susu botol pun tak nak. Berhempas pulas lah aku nak tido kan dier. Biasanya tak gitu. Selalunya dier sgt baik..bg susu, dier tido. Akhirnya tido jugak bujang aku yg sorang tu. Tapi telinga rasa dah sakit dah..kepala dah pening, asyik dengar suara adam menangis, menjerit, mengamuk. Semua papa dier buat tak kena. Susah payah lah papa dier memujuk. Soh mandi , dier melalak, bila dah kuar bilik air, dier marah papa dier lagik, soh pakai baju dier campak2 nyer baju tu.

Aku sabar lagik ni..dok perati jer dari dlm bilik..bila adik dah betul2 lelap, aku pun p lah tolong bentang kan tilam dier. dier nak baring2 tgk kartun mr. incredibles dier tu. Tetiba, ngamuk lagik. Marah aku bentang tilam..Sejak kuar bilik air, dier tak mo pakai baju..x mo wat apa2. dok menangis2, mengamuk2, menjerit2 kat tepi dinding. Pujuk macam mana pun x jalan. Last hangin aku pun naik..papppp..!!! sebijik pelepuk kena kat bahu dier. Hamikkk!!..terus dier dok mencangkung, pegang bahu, menangis. Papa tgk jer..aku rasa dier pun terkejut tgk aku tetiba naik nangin. Aku tgk dier gitu..tetiba rasa nyesal pulak. Terus amik adam, peluk dier, pujuk, gosok2, cium2..macam2 lah..hehehhee..adam pun diam. baru lah nak pakai baju, baru dier nak baring tgk kartun. 

Masa adam baru nak tido, aku peluk dier ckp kat dier, mama mintak maaf pukul adam. (Nyesal weeeiiiiiii...)adam angguk2 jer..ntah faham ntah tidak. Bila dier dah nak lelap, aku ckp kat dier 'mama syg adam banyak2 sgt'.Adam senyum jer..hehehhee...Dier faham kot..

Thursday, January 28, 2010

Drebar..hehehe..




Lady driver...ramai org anggap pompuan kalau bawak kete selalunya kelam kabut....menyusahkan org....dan kadang2 terlalu berhati2. Hehehe..memang yer pun. Selalu sgt aku tgk tukar lane tak bg signal..hangin aku org gitu.Aku tgk ader banyak jenis driver pompuan nie. Bukan semua yg perangai gitu tau. Ader yg driving skill nyer mengalahkan lelaki. Cekap handle benda alah tu.

Ader jenis yang bawak kete terlalu berhati2. Sgt berhati2..Pernah sekali tu, aku dok 'bersidai' ngan abg kat balkoni bilik aku. Tgk pemandangan kononnya lah..hahahah..tetiba ternampak sorang minah nie try nak keluar parking. Dier nak reverse kete dier nak kuar. Aku tgk dier keluar..masuk..keluar..masuk..tak kuar2 jugak lagik parking. Kiri kanan memang ader kete lain. Tgk dier pusing skit..reverse..pusing lagik..reverse. Tapi tapi tak jugak keluar lagik. Aku rasa nak terjun jer tolong dier kuar parking..hahha..At last..setelah berjaya jugak dier bawak keluar Viva dier tu. Petang, aku ternampak lagik minah nie. Try nak wat reverse parking..sgt lah lama..lepas berjaya parking, dier keluar kete..check belakang..kiri kanan..pas tu bukak pintu kete..amik barang. lepas kunci kete..check plak pintu betul atau tak dah berkunci..abis empat2 pintu dier check. Wahhh..sgt berhati2 akak nie.. bagus sebenarnya..terjamin keselamatan kete..Yg paling obvious tentang yg jenis ni..kete diaorg berkilat2 sepanjang masa..hahaha..

Ader jenis macam aku..wakakkaa..aku tak der lah sgt berhati2. Aku teruk kena marah ngan abg masa memula aku bawak kete. Maklumlah, aku nie jenis kelam kabut. Abg ajar aku supaya jgn takut bawak kete.Kena bawak dengan penuh konfiden.wahhh..konfiden gitew. hahaha.. Tapi aku reti bawak dan isi minyak jer lah..lain..abg yg settle, kadang2 minyak pun abg yg tuang..wakakkaa..bab isi air..minyak itam...tukar tayar..hihihi..memang aku tak reti. Yg aku reti bawak jer. bab rupa paras kete..wahhh..kete ku memang berhabuk tahap dewa...luar yer..dalam masih bersih berkilat.

Ader jugak yg jenis bawak kete mengalahkan lelaki. cekap..pantas..masuk kete..start enjin..laju jer p.. sgtlah efisyen nyer..hehehe..kalau bab memotong ker, bab speeding..memang ini lah org nya. memang jenis tak takut..memang aku respect lah..hahaha..

Ok..enuff dah pasal lady driver. Actually, tak leh salahkan driver pompuan jer..lelaki pun lebih kurang jer. menyakitkan hati.Hari ni, pagi2 lg aku dah maki hamun menyumpah2 org. Apa taknya, ader sorang pakcik yg aku rasa dier amik lesen terbang kot. Aku sampai kat simpang 4..lane tu ader 3. lane paling kiri untuk terus (tak leh masuk kiri..sebab sebelum tu dah ader simpang masuk kiri)..lane tgh untuk terus dan masuk kanan..dan lane paling kanan untuk masuk kanan lah kan. Aku dok lane tgh., pasal aku nak masuk kanan.ader sorang pakcik..dok belah kanan aku. Bila traffic light ijau aku pun jalan...assume pakcik tu masuk kanan..Bila aku belok, aku tgk pakcik tu tak pulak mcm nak belok kanan..aku slow skit..tetiba pakcik tu pecut depan aku p terus..errrrkkkkk...seb baik aku slow..kalau tak mesti perdana tu dah 'cium' waja ..isk ler..hangin tol aku..memang tak belajar punya org.

Petang semalam gitu gak..ader sebijik Innova yg dipandu lelaki jugak lah. Traffic light dah ijau, boleh dier terhegeh2 lagik.Slow jer bawaknya.Aku nak potong dier, kereta belah kanan banyakkkk sgt lah pulak..depan dier dah clear kete, semua dah pecut. Bila traffic light kuning, dier berhenti..oklah tu.Assume dier seorang yg sgt patuh undang2 lah kan..hehehe..Bila dah jalan..aku amik lane paling kiri, sebab aku nak masuk DUKE. dier yg depan aku pun tetiba masuk kiri..oklah, aku pun tak laju. Tetiba dier masuk kanan balik, aku pun laju lah skit..dah depan clear kan. Dengan tak disangka2 dier masuk kiri balik dengan tak bg signal..panasssssss akuuu...Aku hon berkali2..geram aku. Pas tu dier masuk kanan balik, terus ker arah Jalan Jelatek. hangin..hangin..kot yer pun jgn lah kacau org. Dok bawak kete kalau tak nyusahkan org tak leh kot. Hampeh tol.

Wednesday, January 27, 2010

S.A.D


AKU SEDIH...!!!..

Tuesday, January 26, 2010

Kek batik ku yg tak berapa nak menjadik

Hari sabtu aritu, tetiba aku terajin nak wat kek. hari jumaat tu punya lah semangat aku men gugle mencarik resepi kek batik. sebab tak pernah buat kan..kena lak carik resepi hahaha..so, nak jadik kan cerita, dapat lah aku 3 jenis resepi berbeza. Abg pulak berjaya dapat satu resepi dari kakak opis dier. Balik umah, kami p bandingkan keempat2 resepi tu..(teruk tol kan? hahha) Last2 kami decide nak amik resepi yg paling mudah.Petang sabtu tu kami pun bergotong royong wat kek batik. Adam tolong patahkan biskut marie tu, sambil2 tu dier amik biskut masuk mulut..Setelah beberapa minit, kek kami pun siap..dah sejuk skit..masuk peti ais..mlm leh mkn dah..Rasanya? oklahhhhh.....untuk 1st time buat kan..hahahhaa..Biskut tu rasa rangup lagik lah..aku suka gitu. Tapi abg suka biskut lembut skit. tak per..kena wat post mortem ni..baiki apa yg tak betul..wakakaka..

Resepi kami mudah jer..amik sebijik butter..lingkup kan lam periuk..bagi cair..dah cair butter masuk kan susu cair 3/4 tin..pas tu kacau2, masuk kan sebungkus kecik milo..kacau2 bagi rata..masukkan pulak biskut yg dah patah2 4 tu..kacau sampai rata..angkat masuk kan lam loyang. Padat2 kan..masuk kan lam peti ais..taraaaa..siap dah. senang sungguh kan.

Nak jadikkan cerita, hari ahad tu kami p pasar malam. jumpa durian. murah sgt2..lupa nak count baper bijik durian, tapi banyak gak lah..RM 10 jer pun. Aku, abg dan adam memang hantu durian. Kami tiga beranak memang leh senyap mengadap durian. hahaha..so, lepas kupas2 durian tu, simpan lam peti ais. nanti nak mkn senang kan..kami ni suka durian sejuk..yg lawaknya, kek batik kami dah bau durian..hahahaha..

Monday, January 25, 2010

Aku tak ske...

Aku tak suka kacang..sebab kacang suka lupa kan kulitnya..aku  tak ske kan sapi..sebab dier selalu dapat nama walaupun susu tu lembu yang punya, aku jugak tak suka kan org yg mengada2 p bakar kelambu walaupun yg empunya salah hanya lah seekor nyamuk kenit.

Thursday, January 21, 2010

Anak ku yg sungguh Incredible.


Adam punya minat baru. Sebelum ni dier suka sgt Upin & Ipin. Kartun tulah dier hadap hari2. Sampai rosak cd. semua barang upin & ipin dier nak. Baju, selipar, jam tangan..semua upin & ipin.Lepas tu Ben10. Kartun Ben10 tu dier tak nak tgk sangat. Tapi semua barang Ben10 dier nak. Banyak barang Ben 10 dier ader,termasuklah beg nak pegi umah opah pun, Ben10 jugak.Sampai kalau p pasar malam, abis barang Ben10 dier nak belek.

Baru2 nie, dier selongkar laci letak dvd. tetiba dier terjumpa DVD The Incredibles nie. Sekali tgk, nak tgk lagi..pas tu tgk lagi..dan lagi..dan lagii..sampai aku & papa dier naik muak. Kalau dier terjaga awal lam kul 6.30pg, TV tu diterkamnyer dulu. Bukak cerita The Incredibles nie. sambil2 minum susu, dier ngadap cerita nie. kalau tak kerana umah aku ader dua bijik tibi, memang kami tak leh tgk cerita lain lah nampaknya. Memang hari2 kami kena tgk The Incredibles lah..konfirmm..!!!

Wednesday, January 20, 2010

Authentic vs Immi

Semalam dari pagi sampai ker petang aku 'berkampung' dengan Aisy kat Pediatrik HKL. Penat nyer. Balik dah kul 4 ptg. rehat2 kejap, aku mandikan Aisy. Bg susu, dier tido. Pagi tadi baru dier bgn betul2. Punya lah penat mat tu. Kesian anak aku. Kesnya, masa umo dier 3 bulan, pusat dier berair. Doktor nak pastikan betul2 dier tak der apa2. Pagi p wat ultrasound, lepas tu jumpa doktor pakar. Alhamdulillah, Aisy sihat.

Seharian aku dok kat HKL tu, ramai yg jadik kawan borak aku. Macam2 masalah anak2 diaorg. Kebanyak kan nyer memang lebih teruk lah dari anak aku. Anak aku ni sikit jer sakit nya. hahaha..Dalam banyak2 benda yg aku perhatikan, satu yg menarik minat aku. Aku tgk ramai kakak2 & makcik2 yg bawak beg 'LV'. hehehehe..Bukan lah aku nak pandang rendah kat diaorg tu. Yerlah, tak kata lak apa pun. Tapi obviously bukan authentic. Tak lak aku pandang rendah org yg pakai beg immi nie..takkk..sumpah tak. Tapi bg aku lah, baik aku pakai beg cap ayam dari pakai immi. Bukan apa, aku nie pakai kete zaman flinstone, umah pun umah zaman batu..keje pun kat company biasa jer, masuk akal ker aku pakai LV yg rege leh beli kete sebijik tu? Tak kose aku nak wat loan bank ker apa ker semata2 nak beli beg tangan. Org leh kata, tak kisahlah immi ker, pedulikan apa org kata.. beg kita, bukan beg org. Betull...memang betul..tapi aku tak sangguppp..entahlah, rasa cam aku cuba nak jadik apa yg aku tidak.

Banyak jer jual immi yg high kualiti. Sebut jer nak jenama apa. yg mirror image pun ader. Memang hak tu sebijik yg authentic lah. Kat uptown/downtown melambak jual. Harga pun leh tahan..ratus2 jugak. Tapi..entahlah..Aku rela beli beg polo ker..timberland ker, atau yg seharga dengan nya. Biarpun tak lah glemer tahap LV tu, tapi tak perlah.Designer handbag memang tak der lah lam kamus aku. Tak mampu weh..aku rela pakai beg cap ayam. Tapi kalau yg tulis jenama besar2 tapi eja lintang pukang tu, memang aku reject lah..tak sanggup weiiihh...

Monday, January 18, 2010

Adam & Aisy..

My boys..hajat dihati nak sorang lelaki, sorang pompuan. Tapi Allah lebih mengetahui, Dia kurniakan aku dua org lelaki. Tapi aku tak kisah, aku lebih dari bersyukur..kedua2 anak aku sempurna sifat..Alhamdulillah..


Anak sulung ku. Adam Danish Bin Mohd Hasani. Lahir pada 02/09/07 pukul 8.12 pg hari  Ahad .Dier tak berat sgt, 2.8kg. Tapi masih dalam berat normal lah. Walaupun baru kuar dari perut aku, adam sgt2 cerah..Aku sepatutnya lahirkan dier 5/9. Ari Jumaat 31/08 tu member aku lahirkan anak dier. So, planning nyer nak p tgk lah dier hari sabtu tu. Tetiba ari sabtu pagi tu lah aku masuk wad. Darah dah kuar skit..abg bawak aku terus ker HKL. Doktor kata masa tu dah buka 1cm..oklah..lambat lagikkan. Pukul 3pg ari ahad, aku dah start sakit..memang teruk..sampai rasa nak runtuhkan jer HKL tu..hahahhaa..doktor bg aku ubat tahan sakit..aku dapat lah tido sekejap. Pukul 6.30pg sakit balik. Doktor check, dah buka 4cm. Terus masuk labor room. Aku telefon abg, risau jugak abg tak sempat dtg. Alhamdulillah, sempat jugak dier. pukul 8.12pg Adam lahir. hari isnin aku dah dibenarkan balik. Tapi hari selasa, nurse dtg umah check dier, nurse detect dier ader jaundice. Petang tu jugak masuk wad balik. Aku nangis teruk masa tu..kesian kan kat anak..dah lah setahun setengah kawen baru aku pregnant. Dah dapat dier, kena lak dok bawak lampu tu..isk lah..6 hari adam dok wad. Alhamdulillah, ok dah dier.




Sekarang Adam dah 2 tahun 4 bulan. Sgt2 lasak. kadang2 susah nak dengar kata. Selalu aku hilang sabar. Tapi aku cuba jugak sedaya upaya sabar. Pukul2 sgt anak tak elok lah pulak. Cuba jugak lah pujuk dier. elok2 Adam sgt sayangkan adik dier..selalu tolong pujuk adik bila adik nangis. Adam jugak mama punya assistant yg sgt rajin. Suruh apa jer, adam buat. Termasuk lah p buang diapers adik dier kat dalam tong sampah.Tapi kalau suruh kemas mainan dier..adam tak mo.. dier wat tak tau jer. bab tu tau plak malas..hehehe..Adam paling suka Ben10 & upin ipin. Pantang nampak..dier lah p berlari dulu. Tapi yg bagusnya bila tak bg beli, dier tak nangis guling2. Alhamdulillah sgt..



Anak kedua ku. Aisy Danish Bin Mohd Hasani. Lahir hari Jumaat 14/08/09 pukul 9.25mlm. Yang ni memang agak berisi, 3.42kg masa lahir. Seksa jugak lah nak kuarkan dier..hahahaha..Masa lahir Aisy warna kelabu. sgt2 kelabu, menangis pun tak kuat. Lepas nurse bersihkan dier, dier merah bertompok2.hahahhaa.. 12/8 besday aku, pagi happy2 dengan hadiah dari abg, ucapan dari mak abah, adik2 dan member2..siang tu jugak aku p check up kat klinik. Tak sakit apa pun..aku suppose bersalin 19/8. kira lambat lagik kan. Mlm tu, dok lepak2 tgk tv. Mak ader dtg, dier kata ntah kenapa hati dier soh dier dtg. (Naluri seorg ibu kan..sgt2 kuat).Tetiba aku rasa ader contraction. tapi tak kuat. Aku mintak abg hantar ker HKL. Tapi abg kata tak per..takut nurse kat HKL tak layan. Tetiba dtg lagik contraction, tapi kali ni lebih kerap. Terus telefon Zaya, adik ipar aku tu ader kat Melaka. Wat post basic. Zaya kata..pegi jer..diaorg akan entertain..dont worry. Aku relax lagik..tetiba dtg contraction yg kuat. Lintang pukang semua org bersiap. Cepat2 ker HKL..adam pun bawak sekali. Sampai sana, rupanya dah buka 2cm. Aku masuk wad mlm tu jugak. Yg lawaknya, esok nya, contraction tu ilang, langsung tak der. Hari Jumaat pg, doktor bg ransangan soh contraction tu dtg balik..hamikkk..!!lepas tu rasa nak putus pinggang. Tgh2 mkn ngan mak, tetiba nampak darah..rupanya dah buka 4cm. Pukul 3.50ptg aku masuk labor room. Abg dtg, temankan aku. Pukul 9.25mlm baru bersalin, Lama sgt2..letih aku. Pukul 12.00mlm baru aku dihantar ker wad. Kesian abg, dier tak mkn apa2 sampai mlm tu. Lepas dier hantar aku ker wad, azankan aisy, terus dier balik. Aisy pun hari ketiga masuk wad balik sebab jaundice. tapi 4 ari jer lam wad. Alhamdullillah..dier membesar ngan baik.


Sekarang Aisy dah 5 bulan. Sgt cepat rasanya. Sakit bersalin kan dier pun masih boleh rasa lagik nie. Kecik2 nie, Aisy tak banyak kerenah. Dier lebih senang nak jaga, asalkan perut dier kenyang, dier ok. Yg penting susu mama wajib ader..hahahaha..Dier agak besar dari abg dier. Lenguh gak tangan dukung dier.Alhamdulillah..perkembangan dier sgt2 baik.

Kedua2 anak aku dilahirkan kat HKL. Kenapa aku tak bersalin hosp swasta walaupun aku mampu? entahlah..aku lebih percaya hosp gomen rasanya. Banyak cerita aku dengar pasal hosp gomen nie. Tulah..ini lah..layanan teruk lah..nurse mulut jahat..doktor sambil lewa. Ermm..maybe aku tak pernah mengalami kot. Tak pernah lah pulak nurse maki hamun aku..doktor sambil2 lewa peksa aku. Nurse ok jer, layan aku ok. Tak leh lah expect diaorg layan 1st class padahal kita dok 2nd & 3rd class kan. Kena faham lah tugas diaorg, kita sebagai pesakit pun jgn lah buat muka kelat, memang kita sakit..tapi jgn lah buat cam kita sorang jer yg sakit lam wad tu. Semua org sakit..tu sebab dok lam wad kan. consider lah org lain. InsyaAllah kalau der anak ketiga...aku akan ker HKL jugak..hehehehe..dan aku akan wat check up kat KKIA AU2 jugak..hahahaa..


Restoran Mamak

Aku sebenarnya bukan lah 'penchenta' makanan mamak. Aku cepat pening dengan bau kari dan rempah ratus yg kuat tu.Sekali sekala oklah. Bukan tak mkn langsung. hehehe..Baru2 nie sebelah opis aku NZ Curry House dibuka. Sebelum ni, banyak kedai makanan melayu. Ader beberapa kedai makanan cina, ader yg fusion dan ader Restoran Amy Search & Zahid AF2. Ader restoran yg memang ramai org, ader yg cam idup segan mati tak mo. Ader bukak kejap..pas tu tutup. macam2 lah kan. Tapi semenjak NZ tu bukak, aku tgk org berbondong2 dtg kesitu. X kira pagi ker, tghari ker, petang ker..malam apatah lagik..meriah sungguh. Aku seminggu sekali ader lah p mkn kat situ..join opismate aku. Kalau tak, aku lebih suka mkn mknan melayu. Dok sorang2 kat opis sambil layan fb..hehehe..Kadang2 aku sampai naik pelik..restoran mamak, campak kat mana pun org akan dtg makan. Ramai plak tu. Aku tak tau apa yg menyebabkan org malaysia suka sgt mkn restoran mamak. makanan nyer ker? service nyer ker? nak kata cepat sgt diaorg serve, lambat jugak aku rasa. sebab last week..sampai berkulat aku tunggu..perut lapar dah naik sebu. Milo ais lak pekat bukan main..

Kat sini, semua bangsa dtg mkn. org melayu jgn ckplah..memang confirm ramai..cina pun ramai jugak..india mestilah..makanan diaorg kan. meriah jer aku tgk. Dulu masa aku keje kat Megan Avenue, selalu gak kami p mkn kat restoran mamak. kat situ tak banyak restoran makanan melayu. ader sebijik tapi mahal giler. Yang aku tak leh lupa kat restoran mamak tu, mee goreng pedas giler..pas tu yg tukang amik order pun sengal...air suam pedas giler...wakakakkaa...tapi mee dier tak lah pedas sgt pun..hehehe..ermmm..rindunya ngan masa2 dulu...

Friday, January 15, 2010

Hero??

Umo mat nie 2 tahun 4 bulan...tapi bab posing2 ni bg kat dier. pantang tgk kamera. Siap berebut2 nak bergambar. gambar ni mak aku yang amik. aku pun tak perasan camner leh jadik gambar ala2 james bond nie..wakakaka..


I'm Bond..James Bond..errrrr...erkkk..bukan lorrr...

Buku Muka..hihihii..

Facebook sebenarnya..pandai2 jer aku nak translate direct gitu kan..hahaha..Sebenarnya aku dah ader fb ni lama, sebelum fb ni glamer lagik. Tapi aku tak guna. Aku lebih selesa ngan friendster. Friendster pada aku sgt2 simple, senang nak guna. Fb lak pada aku sgt lah canggih nyer. Tapi sebab makin lama makin ramai member2 aku guna fb, aku pun dengan gigihnya join.

Hari ni, fb dah sebab kan aku terjumpa balik ngan member2 sekolah aku yg dah bertahun2 aku tak jumpa.Ader yg sejak lepas sekolah terus aku tak dengar khabar berita, tetiba muncul kat fb. lama tu..dah 16 taun aku tinggalkan sekolah.Dua ari lepas aku sembang ngan member aku yg memang last aku jumpa masa  last day aku sekolah. Tetiba dier tegur aku. Yang aku tak leh tahan, tetiba dier come out dengan panggilan time sekolah dulu..kelas 5A memang banyak nickname..tetiba dier sebut..dik dang, sontot..dolah markos..hahahaha..petang2 tu aku rasa cam nak pecah perut jer gelak. hampeh tol..!! bila sampai part dier 'kau jgn tulis nama tu kat wall aku' wakakakaa...kesian kau taput. takut ilang glamer lah tu..wakakaka...tak per, aku tak aniaya member.



Page aku yg tak baper nak ensem

Dalam list kawan2 aku tu, ader yg dari pjbumi, maxflo, max energy, member sekolah, adik2 aku..wahhh..tetiba aku rasa aku ramai kawan. syukur kawan2 sekolah aku masih ingat kat aku yg tak semenggah langsung masa sekolah.Kalau lah aku ader pakwe zaman tu, maybe mat tu rabun teruk kot. Masa sekolah aku sgt2 huduh (sekarang tak jugak comel..tapi better lah..wakakka). Dahlah kurus kering, (Tiang bendera tu memang suka lah kat aku..sama bentuk kaedahnyer..). Dengan cermin mata saiz gedabak. memang fail lah..!!



Wednesday, January 13, 2010

Kenduri Faizah

Hari sabtu 9/1/10, aku satu famili & ellie, p kenduri kawen Faizah kat Ampang. Ampang mana aku tak tau..yg aku tau kat Ampang jer.hahahaha..Janji nyer nak p ramai2, tapi tak jadik. So, aku sefamili ngan ellie jer lah. Sampai sana diaorg dah bersanding. Pengantin tengah mkn beradap. Kami pun apa lagiklah, masa tu dah dekat pukul 3ptg, perut pun tgh lapar.Sedap lauk pauknya..hehehe..Tgh2 mkn, ann & man sampai. Join kami mkn. Lepas mkn, jumpa pengantin dan amik gambar. Sembang2 skit, kami pun balik lah.

Ermm..teringat time aku kawen dulu. Penat sungguh lah jadik pengantin. Nampak senang jer..dok jer kat pelamin kan. Tapi penatttt..Dengan mekap cam tepung gomak. Aduhaiiii..rimas acik. Lepas kenduri, tak sabar2 aku nak tanggal baju tu..nak tanggal mekap tu rasa aku 4 kali cuci baru betul2 tanggal. puas tenyeh muka..hahahaha..mlm berinai patutnya meriah kan, tapi aku tak. Kepala aku rasa cam nak pecah dah..migrain teruk. Aku telah pain killer pun x jalan. Lepas amik gambar lebih kurang, aku tido membungkang. Kul 3pg baru bgn tanggal mekap. Tgk2 diaorg wat pesta karaoke kat tepi umah. Rugi tol lah..isk..isk..isk..(citer 5 taun lepas..wakakaka..)



Amik gambar ngan pengantin..seb baik adam sporting nak bergambar, walaupun sebelum tu dier sibuk excited tgk ikan kat lam akuarium tepi tu.


Pinjam faizah sat..hehehhee..kesian asben dier..sengih jer lah ek.Patutnya gambar ni aku ngan faizah jer, tapi asben Ann, Man kata kesian kat asben faizah..dier amik lah gambar sekali..hahahaha..

Monday, January 04, 2010

Tahun baru 2010

Tahun baru ni aku tak kemana pun. Masa bunga api meletup2 tu, aku sekeluarga dah tido dah pun. Adam & Aisy lagik awal tido nyer. Tgh2 sedap tido, tetiba dengar bunyi bunga api. Aku pun bersidai lah kat balkoni bilik ngan abg. Tgk bunga api.Ader 8 tempat yg leh nampak dari balkoni umah aku tu. So, tak yah lah aku nak bersesak2 kat atas jalan kan. Tgk dari umah lagik bagus.Zaman p mencelah, p bersesak2 tu dah abis dah. Dulu aku rajin lah. Sekarang ngan anak kecik nie..lupa kan jer lah.

2nd day tahun baru, aku p umah ayu. Adik dier kawen. Aku p bawak adam jer. Abg tak  sebab sakit mata. Aisy pun x p, sebab mak ader kat umah. Tinggal ngan wan dier. Ellie dtg amik aku ngan adam kat umah. Mkn, borak2 ngan ayu, kami balik. Tak lama pun..sebab takut aisy menangis. Kesian mak.Balik umah, ellie lepak2 kejap kat umah aku. Lama tak melepak bersama2..hehehhee..


Kuih sedap nie..adam suka..malangnya mama tak reti nak buat. haahahhaa..

Next week kawen faizah. Harap sgt dapat p. hihihi..Aku suka p umah kawan2 kawen. Leh jumpa org ramai2. seronok