Monday, January 18, 2010

Adam & Aisy..

My boys..hajat dihati nak sorang lelaki, sorang pompuan. Tapi Allah lebih mengetahui, Dia kurniakan aku dua org lelaki. Tapi aku tak kisah, aku lebih dari bersyukur..kedua2 anak aku sempurna sifat..Alhamdulillah..


Anak sulung ku. Adam Danish Bin Mohd Hasani. Lahir pada 02/09/07 pukul 8.12 pg hari  Ahad .Dier tak berat sgt, 2.8kg. Tapi masih dalam berat normal lah. Walaupun baru kuar dari perut aku, adam sgt2 cerah..Aku sepatutnya lahirkan dier 5/9. Ari Jumaat 31/08 tu member aku lahirkan anak dier. So, planning nyer nak p tgk lah dier hari sabtu tu. Tetiba ari sabtu pagi tu lah aku masuk wad. Darah dah kuar skit..abg bawak aku terus ker HKL. Doktor kata masa tu dah buka 1cm..oklah..lambat lagikkan. Pukul 3pg ari ahad, aku dah start sakit..memang teruk..sampai rasa nak runtuhkan jer HKL tu..hahahhaa..doktor bg aku ubat tahan sakit..aku dapat lah tido sekejap. Pukul 6.30pg sakit balik. Doktor check, dah buka 4cm. Terus masuk labor room. Aku telefon abg, risau jugak abg tak sempat dtg. Alhamdulillah, sempat jugak dier. pukul 8.12pg Adam lahir. hari isnin aku dah dibenarkan balik. Tapi hari selasa, nurse dtg umah check dier, nurse detect dier ader jaundice. Petang tu jugak masuk wad balik. Aku nangis teruk masa tu..kesian kan kat anak..dah lah setahun setengah kawen baru aku pregnant. Dah dapat dier, kena lak dok bawak lampu tu..isk lah..6 hari adam dok wad. Alhamdulillah, ok dah dier.




Sekarang Adam dah 2 tahun 4 bulan. Sgt2 lasak. kadang2 susah nak dengar kata. Selalu aku hilang sabar. Tapi aku cuba jugak sedaya upaya sabar. Pukul2 sgt anak tak elok lah pulak. Cuba jugak lah pujuk dier. elok2 Adam sgt sayangkan adik dier..selalu tolong pujuk adik bila adik nangis. Adam jugak mama punya assistant yg sgt rajin. Suruh apa jer, adam buat. Termasuk lah p buang diapers adik dier kat dalam tong sampah.Tapi kalau suruh kemas mainan dier..adam tak mo.. dier wat tak tau jer. bab tu tau plak malas..hehehe..Adam paling suka Ben10 & upin ipin. Pantang nampak..dier lah p berlari dulu. Tapi yg bagusnya bila tak bg beli, dier tak nangis guling2. Alhamdulillah sgt..



Anak kedua ku. Aisy Danish Bin Mohd Hasani. Lahir hari Jumaat 14/08/09 pukul 9.25mlm. Yang ni memang agak berisi, 3.42kg masa lahir. Seksa jugak lah nak kuarkan dier..hahahaha..Masa lahir Aisy warna kelabu. sgt2 kelabu, menangis pun tak kuat. Lepas nurse bersihkan dier, dier merah bertompok2.hahahhaa.. 12/8 besday aku, pagi happy2 dengan hadiah dari abg, ucapan dari mak abah, adik2 dan member2..siang tu jugak aku p check up kat klinik. Tak sakit apa pun..aku suppose bersalin 19/8. kira lambat lagik kan. Mlm tu, dok lepak2 tgk tv. Mak ader dtg, dier kata ntah kenapa hati dier soh dier dtg. (Naluri seorg ibu kan..sgt2 kuat).Tetiba aku rasa ader contraction. tapi tak kuat. Aku mintak abg hantar ker HKL. Tapi abg kata tak per..takut nurse kat HKL tak layan. Tetiba dtg lagik contraction, tapi kali ni lebih kerap. Terus telefon Zaya, adik ipar aku tu ader kat Melaka. Wat post basic. Zaya kata..pegi jer..diaorg akan entertain..dont worry. Aku relax lagik..tetiba dtg contraction yg kuat. Lintang pukang semua org bersiap. Cepat2 ker HKL..adam pun bawak sekali. Sampai sana, rupanya dah buka 2cm. Aku masuk wad mlm tu jugak. Yg lawaknya, esok nya, contraction tu ilang, langsung tak der. Hari Jumaat pg, doktor bg ransangan soh contraction tu dtg balik..hamikkk..!!lepas tu rasa nak putus pinggang. Tgh2 mkn ngan mak, tetiba nampak darah..rupanya dah buka 4cm. Pukul 3.50ptg aku masuk labor room. Abg dtg, temankan aku. Pukul 9.25mlm baru bersalin, Lama sgt2..letih aku. Pukul 12.00mlm baru aku dihantar ker wad. Kesian abg, dier tak mkn apa2 sampai mlm tu. Lepas dier hantar aku ker wad, azankan aisy, terus dier balik. Aisy pun hari ketiga masuk wad balik sebab jaundice. tapi 4 ari jer lam wad. Alhamdullillah..dier membesar ngan baik.


Sekarang Aisy dah 5 bulan. Sgt cepat rasanya. Sakit bersalin kan dier pun masih boleh rasa lagik nie. Kecik2 nie, Aisy tak banyak kerenah. Dier lebih senang nak jaga, asalkan perut dier kenyang, dier ok. Yg penting susu mama wajib ader..hahahaha..Dier agak besar dari abg dier. Lenguh gak tangan dukung dier.Alhamdulillah..perkembangan dier sgt2 baik.

Kedua2 anak aku dilahirkan kat HKL. Kenapa aku tak bersalin hosp swasta walaupun aku mampu? entahlah..aku lebih percaya hosp gomen rasanya. Banyak cerita aku dengar pasal hosp gomen nie. Tulah..ini lah..layanan teruk lah..nurse mulut jahat..doktor sambil lewa. Ermm..maybe aku tak pernah mengalami kot. Tak pernah lah pulak nurse maki hamun aku..doktor sambil2 lewa peksa aku. Nurse ok jer, layan aku ok. Tak leh lah expect diaorg layan 1st class padahal kita dok 2nd & 3rd class kan. Kena faham lah tugas diaorg, kita sebagai pesakit pun jgn lah buat muka kelat, memang kita sakit..tapi jgn lah buat cam kita sorang jer yg sakit lam wad tu. Semua org sakit..tu sebab dok lam wad kan. consider lah org lain. InsyaAllah kalau der anak ketiga...aku akan ker HKL jugak..hehehehe..dan aku akan wat check up kat KKIA AU2 jugak..hahahaa..


No comments:

Post a Comment