Monday, February 22, 2010

Kamus Adam Danish



Adam baru nak belajar bercakap. Ader budak baya dier yg ckp laju dah, tapi adam baru jer nak pandai atur kata. Kadang2 dier ckp terbalik, kadang2 tak faham apa benda yg dier ckp. dier selalu amik ujung2 jer. Selalunya aku lah jadik translator adam. Sebab org lain seksa nak faham apa yg dier ckp. kadang2 papa dier pun tak faham dier ckp apa..adam ader perkataan dier sendirik, contohnya:

1. Kokok    = Ayam...Tak kira lah ayam idup ker atau ayam yg dah digoreng atau digulai..hehehe

2. Nampak  = Adam gunakan untuk TENGOK. contohnya, 'nampak tv' , 'nampak gambar'. 

3. Pecah      = getah putus pun adam kata 'PECAH' ..hahahaha..

Ader lagik..tapi aku tak ingat lah pulak..hehehe..bila ingat akan di hapdet..

2 comments: